Tuesday, 6 September 2016

Kawan Baru

So I met a new beautiful friend yesterday. She is sooooo biutipul I wan tu krai (baca:She is so beautiful I want to cry).
Dia pun baru melapor diri semalam, yang mana aku awal dua hari sebab u aku nak jugak aku mendaftar 1 hb haha. But it is not a big deal pun. So aku yang masih baru nak bercambah dekat tempat aku praktikal pun cubalah buat yang terbaik untuk tunjuk sekitar kawasan dan buat dia rasa dekat rumah sendiri (hahaha apa aku merepek nihhhh). Dia cantik, baik, humble, pandai dan cantik lagi. Dia seorang yang pandai yang tak memandai-mandai. Kan biasa kita tengok orang pandai yang konon tahu semua benda tapi dia tak so aku rasa aku selesa kawan dengan dia. Plus kami habis sama-sama nanti.

Abang dia bawa van. Aku nak cerita pasal abang dia sebenarnya HAHAHA gurau onlyyy. Aku bayangkan abang dia tak handsome langsung (sebab aku tak pernah jumpa orang bawa van handsome oiii walaupun si abang berambut ran mouri sekalipun - rujuk post sebelum ni) tapi abang dia, aku rasa kalau cakap jadi pilot pun orang percaya sebab muka dia macam pilot. Dia berkulit cerah dan err katang la oi. Benda paling aku tabik adalah skill bawa van abang dia ni. UNTUK ORANG YANG DAH FAILED 2 KALI TEST LITAR, AKU SANGAT TABIK DENGAN ABANG KAWAN AKU NIH. Kemain dia cilok-cilok dengan van dia masa tengah jammed dan sesak soo aku sangat teruja nak berguru dengan dia kehkeh. Lepastu tadi first time aku naik van sendiri sebab biasanya ada kakak cantik temankan aku, tapi hari ni aku balik awal dan kebetulan kawan aku ni ada keluarga bawa van so yeahh. Tapiiii sebab aku ni noobies dan banyak benda dalam dunia ni aku taktau, aku pun tekan loceng awal sangat yang super awal rasanya aku ada 1 lagi bus stop sebelum smpai bus stop tempat aku tu dan digelakkan oleh abang itooo oh mai god malunya aku hahahahaha jadi untuk harini aku tak payah bayar tambang hehehehehe apa kaitan ntah. Takpela nanti lain kali aku buatkan diorang triffle.

Untuk kawan baru, haiiii selamat berkenalannnn semoga kita dapat get along well sepanjang intern dekat siniii. Esok aku kena buat kerja dekat luar, harap-harap kawan baru aku ada teman untuk lunch.


Oklah. Bai.

p/s: aku dah 10 hari rasanya mengidam yupi tapi tak jumpa. Balik tadi aku dah singgah berderet kedai runcit tapi still tak jumpa yupi ottokeee =(

No comments:

Post a Comment