Saturday, 3 September 2016

Kematian Sesuatu yang Pasti

Well tajuk untuk harini agak serius. Kenapa tiba-tiba aku bercakap pasal kematian?


Sumber gambar: google

Sebenarnya semalam masa aku balik dari kantor, aku balik agak lewat sebab sepatutnya keluar pukul 4.30 tapi kawan aku yang last day semalam lama sangat jumpa penyelia dia so aku terpaksa tunggu sebab nak ambik gambar sama-sama. Haha gigih. Jadi nak dipendekkan cerita, aku keluar dalam 5.10 dengan kakak cantik dekat kantor aku yang aku cerita dia sama perumahan dengan aku.
Dalam 5.20 ++ bas sampai dan aku duduk sebelah pakcik driver yeayy. Lepas aku masuk dia terus cakap "tadi ada accident dekat asdfgkgsjfkv" (aku tak pasti pakcik tu sebut dekat mana sebenarnya). Dan aku merupakan seorang manusia paling bermasalah di dunia untuk buat reaksi simpati ataupun terkejut tapi lepas pakcik tu sampaikan berita tu dekat aku, dia terus tengok aku mengharapkan respon mungkin.  Aku bukan tak terkejut, cuma riak wajah aku tak menunjukkan aku terkejut. Aku pun tak tau nak buat macamana. But still I tried haha.

"Accident melibatkan apa pakcik?" tanyaku jujur. "Ada saturang makcik ini kena langgar oleh motor, yang membawanya perempuan jugak. Banyak darahnya terkeluar. Aku ngam-ngam (kebetulan) terpegang lukanya di kepala aku rasa kurang lebih dalam 3 inci jugak dalam lukanya itu" kata pakcik sambil menunjukkan jarak 3 inci di tangannya (pakcik tu cakap sabah so faham la ye rentak dan slang yang aku taip tu). Hadoii aku dah lembik lutut. Lutut aku sekali dengan kepala aku bertukar jadi jeli dengar cerita. "Kami sudah kasi bersih darah tadi, satu botol jugak la. Kalau nda dikasi bersih takut aku macam kenderaan lain lalu-lalu begitu. Accident ngam-ngam depan mataku, aku mau bawa ke hospital, yang penumpang lain ni angkut saja ke sana, tapi ada jugak nurse situ. Dia baru balik kerja jadi terpaksa la dia bertugas balik. Bilangnya mau panggil ambulans, tapi ada yang orang bawa pajero offer mau bawak sebab kalau tunggu ambulans lambat. Makcik ni pun macam nazak. Mudah-mudahan Allah selamatkan makcik itu".

Aku pun kembali dalam dunia aku sambil memikirkan nasib makcik tu. Ohoi pembaca sekalian, dalam jugak luka makcik tu dekat kepala. Dahla makcik tu dah berusia. Allahu..

Pakcik tu sambung bercerita; aku bukan la apa, tapi aku selalu terlibat dalam situasi begini. Haritu perempuan mau bersalin. Aku nampak orang berkumpul ramai-ramai, aku pun tanya kenapa. Lepastu ada orang cakap perempuan ni mau bersalin. Nahh apa lagi, aku terus cakap kalau mau naikla van ku.

Aku pun mengangguk menandakan aku mendengar cerita tu.

Ada lagi kes sesak nafas di Giant. Terus aku bawak dia ke hospital.

Aku mengangguk lagi.

"Alhamdulillah, pakcik dapat pahala sebab selalu tolong orang" kataku.

"Pahala tu bukan jugak tujuan utamaku. Iyalah, kalau dapat pahala, itu urusan Tuhan. Sekurang-kurangnya kalau jadi begini, gembira jugak aku dapat menolong" katanya. Terus aku tengok muka pakcik tu. Tenang. Dapat dirasakan keikhlasan dalam setiap kata-kata dia.

"Berhenti dekat depan tu ya pakcik". "Ohh disini? Aku pun tinggal sini. Di lorong 11" katanya sambil tersenyum.

Selesai membayar tambang, setiap kata-kata pakcik tu terngiang-ngiang dekat telinga aku seperti mana nyamuk dekat rumah sewa lama aku dulu then aku pun terfikir dua perkara;

1. Mana mungkin kita tahu bila ajal kita menjemput

2. Mana nak cari orang baik macam pakcik tu?

Sampai sini dulu entri kali ni. Dah banyak kali pause sebab tadi banyak benda lain kena buat.

p/s: Bolehlah aku naik dengan pakcik tu kalau terdesak bila-bila kan? Nanti aku nak cari rumah dia.

No comments:

Post a Comment