Thursday 1 September 2016

Kehidupan Baru

HARI PERTAMA.

Seperti yang semua orang sedia maklum, hari ini merupakan hari pertama untuk aku melalui proses kehidupan yang lebih mencabar di dunia yang fana ini yakni latihan industri. Atau nama lainnya yang famous di kalangan student: internship 

Aku tak tau aku merujuk kepada siapa yang sedia maklum tu sebab blog aku currently dah takda follower sebab entry lama aku dah gone. Wait, what happened actually? Disebabkan aku seorang yang cool, jadinya aku mengambil inisiatif untuk buat balik. Lagipun seingat aku, blog aku yang lama tak best langsung.

Aku melapor diri dekat salah sebuah pejabat yang ada dekat Sandakan. Pembaca sekalian, mesti anda merasakan aku manusia yang duduk di atas pokok dan pergi kerja guna kereta lembu. Heyy pembaca kolot sekalian, sila buang stigma negative anda terhadap borneo sebelum mata kalian dicucuk sumpitan.







Gambar-gambar ni aku tolong googlekan. Lawa kan? 

Berbalik kepada kisah hari pertama praktikal, aku dibawa untuk berjumpa dengan seorang ketua unit yang mashaa Allah lembutnya tutur bicara dia bak kapas yang direndam air panas (kalau rendam air panas bukan ke jadi lagi lembut?contohnya bihun), peribadi dia menyenangkan macam seorang ayah, dan aku rasa urusan aku sangat mudah dengan encik ni. It feels like an angel sent from up above. Lepastu aku sebelum ni risau fikir kena makan sorang-sorang (lagi risaukan bab makan melebihi segalanya haha) tapi rupanya kerisauan aku tu sia-sia. Ada jugak beberapa orang lagi yang sama-sama praktikal so aku kawan dengan diorang. Untuk seorang yang suka terperap macam aku, to make some friends like that is quite impressive. So hari ni alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Staff super friendly and helpful dan memang ada beberapa staff yang memang dah kenal aku haha. Kerja aku hari ni cuma kena prepare untuk audit datang. Seragamkan itu dan ini, sampai aku tak sedar masa berlalu. Dah tamat dah pun waktu berkerja. Dan tibalah part yang mencabar yang kedua iaitu balik sendiri naik bas.

Waktu nak balik tadi, ibaratnya jantung aku hampir gugur ke tapak kaki tapi tersekat dekat lutut sebab lemak, betapa susahnya aku nak bernafas sebab kena naik bas sendiri hahaha. Fortunately, ada sorang kakak tempat aku kerja tu rupanya sama perumahan dengan aku muehehe so aku melekat dekat dia ibarat pacat. Naik je bas tu, mashaa Allah. Cantiknya rambut awak abang driver. Rambut dia serius macam Ran Mouri girlfriend Shinichi Kudo.


Aku memang suka tolong googlekan gambar. Except for her pointy hair, rambut abang tu sebijik macam ni haaa. Dia siap pakai getah rambut berbulu lagi. Kau hado? Aku rasa sepanjang dalam bas tu aku perhati rambut dia hahahaha aku dah kenapa. Lepas tu dia kan pasang lagu kuat (biasa la tu kan) jadi ada seorang penumpang dekat belakang tengah cakap phone, abang persis Ran tu pun mengintai kot cermin dan dengan pantasnya slow kan volume radio tu. Dan aku pun whoaaaa pantas dan teliti. Hahahaha aku selalu cepat di 'impressed' oleh benda remeh (sebab aku rasa telinga dia sangat lintah sebenarnya). Dah habis tilik aku pun sampai bus stop dan terkial-kial nak balik rumah sebab waktu dah lewat dan aku belum solat asar waktu tu dan jauh rupanya nak sampai rumah aku sebab ni first time aku terlalu berdikari (biasa kalau naik bas, Encik Abah akan ambik dekat bus stop). Banyak lagi yang aku kena tahu dalam dunia ni rupanya. Jadi kita tengok pulak esok apa jadi. Sekian sahaja entri aku sebab aku dah mengantuk.


p/s: Astro rumah aku guna njoi dan yang ada cuma channel basic dan aku tak boleh tengok cerita best sebab tu la aku boleh update entri. Tak boleh tengok real men season 2 minggu ni sobss. (Tengok sebab instructor dia handsome gilos)



No comments:

Post a Comment